Powered By Blogger

Sunday 19 May 2013

Video Berkumpulan - Niat Puasa

Sebuah video yang berjaya dihasilkan oleh gabungan 4 orang mahasiswi UKM. Harapan kami agar video ini dapat menyedarkan kembali sahabat-sahabat, muslimim dan muslimat di luar sana yang kadang kala terlupa sebab utama kita berpuasa. Video ini berkisar tentang niat berpuasa untuk segolongan individu. Ada individu berpuasa untuk kurus, tak kurang juga yang berpuasa kerana untuk sihat. Manakala pelajar-pelajar selalunya berpuasa untuk jimat. Berpuasa itu memang banyak kelebihannya. Tetapi golongan seperti ini perlu disedarkan semula. Berpuasa biarlah kerana Allah s.w.t sahaja. Barulah dapat berkat dalam berpuasa. Selamat menonton.

P/s: Sila kuatkan speaker anda, untuk bunyi yang lebih jelas. TQ.








Saturday 18 May 2013

10 Video Teknologi & Inovasi dalam Perubatan



Medical Check-up

Bad Breath

Exercise for Health

Good News, Bad News

Medical Terminology

Tainted Love

Artificial Arm

Sensor Mat (prevent dementia patient escaping)

Robotic Wheelchair

The Untouchable (get Water, Soap, Disinfectant without touch pipe)


Projek Kitar Semula a.k.a
Bahan Bantu Mengajar


BINGKAI GAMBAR

Alhamdullilah, selama 3 hari bertungkus lumus, akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah bahan kitar semula sebagai bahan bantu mengajar dalam pembelajaran dan pengajaran. Hasilnya adalah bingkai gambar. Bingkai gambar ini dihasilkan daripada kotak terbuang, majalah lama dan butang terpakai. Bahan-bahan ini dipotong dengan pisau lipat dan disatukan dengan menggunakan gam sekolah dan kemudian dihempapkan dengan buku-buku tebal selama beberapa jam. Berikut adalah gambar dari setiap sisi yang berbeza. 

PANDANGAN HADAPAN


 PANDANGAN BELAKANG


 PANDANGAN ATAS


 PANDANGAN BAWAH


 PANDANGAN KIRI


 PANDANGAN KANAN


KEDUDUKAN & PANDANGAN ATAS



KEDUDUKAN & PANDANGAN KANAN BAWAH


KEDUDUKAN & PANDANGAN CLOSE-UP KANAN BAWAH 



 PANDANGAN CLOSE-UP




10 Gambar Teknologi & Inovasi dalam Perubatan

Oximeter Nadi Jari (Finger Pulse Oximeter)

Ia mudah dipakai pada pergelangan tangan pesakit kerana mempunyai ciri-ciri seperti  kecil, ringan dan selesa. Reka bentuknya yang padat dengan fungsi dan tidak mengganggu aktiviti seharian pesakit, memberikan kebebasan dan keselesaan kepada pesakit seperti mudah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa perlu menanggalkan alat tersebut.


(Portable Ultrasound Scanner)

Reka bentuknya seperti fon tangan (handphone)memudahkan pemiliknya untuk membawa kemana-mana sahaja. Ia dicipta bagi memudahkan tugas doktor ketika situasi kecemasan dan sebagainya. Kemungkinan generasi doktor yang akan datang diwajipkan mempunyai alat ini seperti wajibnya mempunyai stethoskop.


Stethoskop Visual (Visual Stethoscope)

Stethoskop visual, VS1 mempunyai monitor LCD resolusi tinggi berlatar belakangkan lampu.  Stethoskop visual ini berfungsi untuk menghantar informasi denyutan jantung dan menunjukkan gelombang ECG yang terhasil. Ia juga mempunyai fungsi ntuk menganalisis data dan rekod penyimpanan. Selain itu, untuk menjimatkan tenaga, alat ini dengan sendirinya boleh tertutup dalam masa 4 minit jika tiada penggunaan.


Mesin Preskripsi Ubat Layan Diri (Drug Prescription Vending Machine)

Mesin preskripsi ubat layan diri pertama di dunia. Mesin ini dibuat oleh Asteres Inc. Satu mesin boleh menampung sehingga kepada 450 ubat pek di dalamnya dan setiap pek diberi barcode untuk mengenal pasti jenis ubat. Berbeza dengan mesin layan diri biasa, untuk melakukan transaksi di mesin ini kita diwajibkan untuk mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan ID dan PIN.


Robot Mengangkat Pesakit


Robot RIBA (Robot development of Interactive Body Assistance) bertujuan mengangkat pesakit. Robot ini mempunyai dwi-lengan yang kuat yang boleh melakukan pemindahan daripada siri mengangkat daripada katil atau kerusi roda dengan kedua-dua tangan, bergerak, dan kemudian meetakkan pesakit ke kawasan yang lebih rendah. Robot ini dapat mengurangkan beban kepada jururawat di dalam wad terutamanya ketika memindahkan pesakit dari katil ke kerusi atau sebaliknya.


Bekas Sabun Buku yang Efisyen

Kepentingan membasuh tangan adalah amat penting. Bagi keluarga yang menggunakan sabun mandi yang berbentuk buku digalakkan menggunakan alat ini. Alat ini bukan sahaja dapat mengelakkan sabun cepat berkurangan malah ia dapat mengelakkan berlakunya infeksi sesama keluarga. Hal ini kerana, setiapa ahli keluarga yang menggunakan sabun ini sudah tidak perlu menyentuhnya secara terus. Anda boleh menggunakan ia dengan satu tangan, semasa anda menolak besi pemarut, anda menangkap serpihan sabun yang terhasil.


(Hybrid Assistive Limb)

Pakaian robot (Robotic suit) telah dibangunkan khas untuk membantu  orang-orang tua dan kurang upaya untuk bergerak dalam melakukan kerja seharian. Robot ini mempunyai sepasang kaki yang kuat kerana mempunyai bantuan tenaga. Ia juga dapat dijanakan dari bateri dan mampu mengesan impuls otot dalam menjangka dan menyokong pergerakan badan pengguna.


(The Cordless Neuromuscular Back Pain Reliever)

Sistem elektroterapi diselaraskan tanpa wayar menyampaikan berjam lamanya ubat bebas dadah untuk melegakan kesakitan tulang belakang. Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS), denyutan elektrik yang tidak berbahaya yang menghalang isyarat sakit sampai melalui saraf ke otak. Sistem ini juga meningkatkan aliran darah ke kawasan tersebut untuk menggalakkan penyembuhan dan rasa selesa. Menurut Persatuan Terapi Fizikal Amerika, terapi TENS boleh menjadi elemen yang berkesan dalam pengurusan kesakitan yang berintensiti rendah. TENS nipis, fleksibel dan tidak menghalang pergerakan, boleh dipakai di bawah pakaian, dan tidak perlu dikeluarkan ketika rawatan.



(Hands Free Facial Muscle Toner)

Ini adalah sejenis alat yang dapat menegangkan muka. Kelebihan menggunakan alat ini adalah, pada ketika muka anda diurut dengan alat ini, tangan anda boleh melakukan aktiviti lain seperti menulis. Akan ada pad gel terletak di bahagian berdekatan telinga untuk menyampaikan impuls elektrik yang tidak berbahaya supaya ia boleh merangsang saraf yang mana boleh membantu mengawal otot muka. Dikatakan jika mengikut regim yang disarankan iaitu 5 kali seminggu dan 20 minit untuk 1 sesi,alat ini mampu mengekalkan keremajaan kulit selama 3 bulan.



Meter Tekanan Darah tanpa Cuff (Blood Pressure Meter With No Cuff)

Universiti Nihon telah mencipta sejenis alat untuk mengambil tekanan darah tanpa perlu menggunakan cuff tetapi hanya menggunakan jari. Tanpa penggunaan cuff ia dapat membantu mengambil bacaan tekanan darah orang tua dan kanak-kanak terutamanya dengan mudah.

Sunday 28 April 2013

Pengenalan : (GE2123) Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan



Blog ini adalah sebuah blog berilmiah yang diwujudkan bertujuan bagi tugasan individu untuk subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan (GE2123). 



TEKNOLOGI???

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne" yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.



INOVASI???


Inovasi pula ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.